Sunday, December 11, 2011

ahamdulillah

Janji Allah tiada yang palsu. Hanya manusia yang masih tidak tahu meminta kepada Allah. Dan ada pula yang meyombongkan diri kerana merasakan diri telah dipenuhi dengan segaa keperluan dan kehendak diri yang lengkap. Tanpa disedari Allah memerhati dan memberikan semua itu sekadar pinjaman semata-mata tanpa Allah meminta balasan. Ketika senang diri sombong dengan kesenangan dan kebahagian yang dperolehi. Ketika susah dan tidak dapat ditangani, Allah juga pengakhir tempat meminta pertolongan. Namun tidak kah sahabat-sahabat yang dikasihi sedar bahawa tempat yang pertama dan terakhir adalah seiring iaitu dengan keizinan dan Keredhaan Allah. Saranan Usaha , Doa dan Tawakal adalah bertepatan dengan hukum Allah. Usaha dilakukan dengan bantuan Allah, Doa kepada Allah dan tawakal kepada Allah. Allah adalah segala-galanya. Islam itu menyerah diri pada ketetapan yang telah tertulis dalam furqan Allah. Jadi tanpa perlu ragu2 dan menidakkan yang syari'i, wajib kita patuh dan taat.

Jangan sesekali lupa mensyukuri segala pemberian yang diberi. Walaupun kecil dan sedikit jangan menganggap ia kecil dan sedikit,kerana kita sebagai hambanya tidak mempunyai hak untuk mengadili pemberian Allah itu. Kerana Allah itu MAHA ADIL. Allah akan memberi kepada kita sekadar yang mencukupi dan tiada yang lebih. Bersyukur dengan segala ketentuannya. Renungan kembali. ALLAH MAHA ADIL.

Sekadar renungan buat DIRI SENDIRI dan sahabat-sahabat pembaca sekalian.

Saturday, December 10, 2011

wanita

Ego seorang perempuan tidak dapat bertahan dalam setengah jam pun. Seketika mengatakan sesuatu dengan penuh nekad dan lantang akhirnya itu terbukti perempuan mengatakan dari hati tanpa akal. Ini kerana hati tidak dapat berbohong. Percayalah semua yang bergelar wanita bahawa Allah mempunyai sebab yang kukuh untuk meletakkan kuasa Talak kepada pihak lelaki (contoh sahaja). Wanita itu telah terbukti sifatnya lembut dan mudah berkecil hati. Namun percayalah semua wahai lelaki, lembut wanita itu bukan bererti lemah , lembut wanita itu ihsan dan penenang jiwa lelaki. Dan berkecil hati itu bukan bererti wanita mudah merajuk, tapi berkecil hati itu bererti wanita itu mempunyai hati yang sangat istimewa . Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Thursday, December 8, 2011

DAN YANG SEBENARNYA

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Kerna sekian lamanya
Manusia dibuai cinta nafsu
Kita sering menyangka
Cinta manusia itu yang sejati

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Namun lupakah kita
Cinta nafsu selalu mengecewakan
Sering berubah tidak menentu
Seperti pantai dipukul ombak

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Cinta kan Allah cinta sebenarnya
Itulah cinta yang sejati
Khasihlah sesama manusia
Kerna cinta yang hakiki
Hanya untuk Tuhan yang Esa

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Telah lama cinta tersasar
Dari cinta hakiki

Telah lama cinta terbiar
Dari cinta yang suci
Cintakan Allah tiada kecewa
Engkau kan tenang diwaktu susah

Telah hilang kepada Tuhan
diakan tetap menanti
Kehadiran takbanyak yang sebenar pasrah
Cinta kasih sayangnya tidak bertepi

kesedihan berbanding kebahagian

adakah kamu percaya ngan karma ni.. aa balasan yang hampir sama ngan ape yang kita buat kat orang.. percaya? or ragu? xpercaya langsung?xpasti?.. emmm pasti ader yang setuju 200% ngan karma ni kan. sebab mungkin ade yang dah betul2 terjadi dalam kehidupan dia kan.. emmm ader pulak yang rasa kebetulan.. ada plak yang menebal imannya mengatakan yang kehendak Allah dan ketentuan Allah . mari kita sama2 renungkan kehidupan kita semasa senang lenang,, happy2... suka2..... mesti rasa bahagia ngan duniawi yang sementara ni tanpa memikirkan kebehagiaan itu adalah juga merupakan satu ujian kepada hambanya. Dan ketika ditimpa sedih. susah hati.. celaru. marah. geram.. kecewa... emmm waktu ni masing2 mencari Allah tanpa kita sedar Allah sudah memrhatikan kita setiap saat dan detik.... tanpa memikirkan Allah sudah memberikan sejuta lebih kegembiraan berbanding 10 kesedihan. Kita hanya menginkan kehendak kita tercapai tanpa memikirkan kehendak Allah yang lebih besar PASTINYA.... Jadi apa kaitan ngan karma tadi... emmm... sesiapa yang masih tidak dapat menguraikan apa yang tersirat dalam perkongsian kali ini. mari sama2 baca entri yang seterusnya.... selamat membaca dan berkongsi.. sekadar peringatan BUAT DIRI SENDIRI dan sahabat-sahabat pembaca sekalian... :)

Allah adalah segalanya

allah itu maha kuasa , allah itu maha berkendak. segala yang manusia rencanakan adalah salah satu cara untuk manusia selalu berfikir dan berwaspada dengan segala kehendak Allah. oleh itu janagn sesekali mengabaikan kewajipan dan hak Allah. Dan ingatlah allah akan sentiasa menduga dan sentiasa memberi perhatian walaupun manusia itu leka dan mengabaikan hak allah... oleh itu sebagai manusia janganlah kamu terlalu takbur dan riak dengan segala pemberian dan kebahagian yang allah titpkan...

Rencana ini ditulis adalah tidak berkaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Ini adalah sebagai peringatan buat DIRI SENDIRI dan sahabat-sahabat sekeliling. Mudah-mudahan keredhaan yang kita berikan mendapat rahmat disebalik apa yang berlaku.... ... Kita menangis mencari metehari tatkala hujan, namun kita tak sedar Allah mengurnikan pelangi dihujung hari....... ~~~~~~sekadar renungan~~~~~~



Wednesday, December 7, 2011

blog baru

akhirnya berkesempatan juga untuk membina sebuah blog baru.... . nama blog yang unik ini harap2 dapat menjadi satu tempat perkongsian kepada blogger semua...