Saturday, December 10, 2011

wanita

Ego seorang perempuan tidak dapat bertahan dalam setengah jam pun. Seketika mengatakan sesuatu dengan penuh nekad dan lantang akhirnya itu terbukti perempuan mengatakan dari hati tanpa akal. Ini kerana hati tidak dapat berbohong. Percayalah semua yang bergelar wanita bahawa Allah mempunyai sebab yang kukuh untuk meletakkan kuasa Talak kepada pihak lelaki (contoh sahaja). Wanita itu telah terbukti sifatnya lembut dan mudah berkecil hati. Namun percayalah semua wahai lelaki, lembut wanita itu bukan bererti lemah , lembut wanita itu ihsan dan penenang jiwa lelaki. Dan berkecil hati itu bukan bererti wanita mudah merajuk, tapi berkecil hati itu bererti wanita itu mempunyai hati yang sangat istimewa . Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w. "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2 comments: