Sunday, December 11, 2011

ahamdulillah

Janji Allah tiada yang palsu. Hanya manusia yang masih tidak tahu meminta kepada Allah. Dan ada pula yang meyombongkan diri kerana merasakan diri telah dipenuhi dengan segaa keperluan dan kehendak diri yang lengkap. Tanpa disedari Allah memerhati dan memberikan semua itu sekadar pinjaman semata-mata tanpa Allah meminta balasan. Ketika senang diri sombong dengan kesenangan dan kebahagian yang dperolehi. Ketika susah dan tidak dapat ditangani, Allah juga pengakhir tempat meminta pertolongan. Namun tidak kah sahabat-sahabat yang dikasihi sedar bahawa tempat yang pertama dan terakhir adalah seiring iaitu dengan keizinan dan Keredhaan Allah. Saranan Usaha , Doa dan Tawakal adalah bertepatan dengan hukum Allah. Usaha dilakukan dengan bantuan Allah, Doa kepada Allah dan tawakal kepada Allah. Allah adalah segala-galanya. Islam itu menyerah diri pada ketetapan yang telah tertulis dalam furqan Allah. Jadi tanpa perlu ragu2 dan menidakkan yang syari'i, wajib kita patuh dan taat.

Jangan sesekali lupa mensyukuri segala pemberian yang diberi. Walaupun kecil dan sedikit jangan menganggap ia kecil dan sedikit,kerana kita sebagai hambanya tidak mempunyai hak untuk mengadili pemberian Allah itu. Kerana Allah itu MAHA ADIL. Allah akan memberi kepada kita sekadar yang mencukupi dan tiada yang lebih. Bersyukur dengan segala ketentuannya. Renungan kembali. ALLAH MAHA ADIL.

Sekadar renungan buat DIRI SENDIRI dan sahabat-sahabat pembaca sekalian.

No comments:

Post a Comment